Pages

Sunday, December 19, 2010

Duhai Anak

Duhai anak ku penawar mata hatiku
Terpaksa aku menyatakan sesuatu
Yang telah lama terbuku disanubariku
Hakikat yang sebenar kau dihatiku

Di matamu aku seterumu
Membantah segala kemahuanmu
Walaupun dengan pujuk dan rayumu
Keputusanku tetap tidak sama denganmu

Aku terpaksa memaksa diriku
Egoku di hadapanmu sakiti jiwamu
Percayalah duhai anakku
Engkaulah permata dihatiku












Maafkan aku duhai anakku
Aku terpaksa berbuat begitu
Walaupun pedih juga jiwa ragaku
Demi menjaga masa hadapan mu
Hanya Allah sahaja yang tahu tujuan ku begitu

Hanya satu permintaanku
Bila aku tidak lagi di duniamu
Terimalah hakikat dunia ini
Berdoalah kepada kebaikanku didunia baruku.
Semoga kita bertemu lagi
Bersama selamanya di Syurga nanti.






By Izo

Saturday, November 27, 2010

Hamba Siapakah Aku.....

Siapakah aku di alam ini
Mengapa aku ada di sini
Hamba siapa aku ini
Siapakah dia tuan aku
Bisikkan kalbu berkata-kata
Jika aku ada tuannya
Dimanakah dia berada

Nampaknya aku bebas...
Tidak aku nampak kelibatnya
Aku boleh buat apa sahaja
Asalkan aku boleh bina empayar
Wang aku berjuta-juta
Hamba aku disuruh saja
Punyai nama dipelusuk dunia
Apa kemahuanku bisa dapat
Alam ini aku yang punya

Terfikir juga di kalbuku
Setiap bermula pasti ada penghujung
Bila dihujung adakah lagi
Peluang hidup sedemikian rupa
Dimana aku...dialam mana
Apakah seperti dialam dulu

Wajarnya aku berfikir dulu
Siapakah dia tuan aku
Apa suruhan dijadikan penghulu
Membina empayar tujuan tertentu
Melambakkan wang kepada satu
Siapakah hamba dikatakan hamba
Apakah nama memberikan segalanya
Apakah kemahuanku ciptaan sendiri
Apakah alam aku yang tentukan

Biar apa telah berlaku
Selagi belum ditutup buku
Masih sempat mencari sesuatu
Mencari siapa penghulu
Siapakah sebenarnya tuan aku.....




::by izo::

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Tinggal Ramadhan....

Hari ini atau esok akan berakhirlah ramadhan tahun 1431H dan semua umat Islam di Malaysia bahkan seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidulfitri.Perayaan penuh kegembiraan pada umat Islam yang berjaya melaksanakan ibadah puasa.
Perayaan yang membesarkan dan memuji Allah kerana telah memberikan waktu sepanjang Ramadhan kepada umat Islam dengan ganjaran pahala yang banyak setip amalan dikerjakan.
Sudah tentu perayaan dipenuh kegembiraan walaupun adanya kesedihan meninggalkan Ramadhan entah bertemu atau tidak lagi pada tahun hadapan hanya ilmu Allah sahaja yang mengetahuinya.
Perayaan yang tidak sama dengan segala perayaan manusia yang tiada tauhid mengEsakan tuhan dan mengakui manusia bernama Muhammad S.A.W utusannya sebagai pembawa berita baik dan buruk.Marilah bersama berkatalah kita semua mengaku muslim dengan ucapan "Allahuakbar...Allahuakbar..Allahuakbar.walillahilham"(Allah Maha Besar...Allah Maha Besar..dan KepadaNya segala Puji-pujian)

TaqabbalaLlah Minna wa Minkum” (semoga Allah menerima ibadah kita semua), Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Dan Batin

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak


Alhamdulillah,Solawat dan salam keatas rasulMu dan keluarga baginda, sekali lagi umat islam seluruh dunia berpuasa pada tahun ini.Bulan ini merupakan antara waktu mustajabnya doa.Marilah bersama-sama kita berdoa semoga umat islam seluruh dua mendapat keampunan daripada Allah dan diberikan kekuatan atas segala ujian yang menimpa selama ini dan semoga kita semua terlepas dari ujuan-ujian yang tak mampu untuk kita semua tanggung.


Puasa akan memberi peringatan jelas yang mana kita patut bersyukur selama 11 bulan tiada sekatan boleh "melantak" makanan dan minuman.Kekadang kita makan sampai makanan yang ada bukan lagi untuk perut kita.Sekurang-kurangnya dengan berpuasa kita akan tambah kesyukuran dengan rezeki yang telah diberikan berbanding ada penduduk dunia ini yang rezeki mereka ala kadar saja bahkan lebih susah dari itu.

Monday, July 26, 2010

Kerjasama Demi Negara Bangsa

Di Malaysia parti-parti politik ternama yang majoriti ahli dan penyokong melayu melibatkan UMNO,PAS dan PKR.
Kebelakangan ini timbul kembali isu dimana kerjasama antara UMNO dan PAS.Isu utama kerjasama adalah arah dan tuju bangsa melayu,ini kerana UMNO merasa bangsa melayu tidak akan menjadi bangsa yang berjaya jika negara in ditadbir selain UMNO dan BN .Jika dilihat sejarah kembali, UMNO telah dipilih oleh kaum melayu secara majoritinya sejak berpuluh tahun.Apakah agenda penubuhan UMNO itu masih belum tercapai? atau pun ada agenda yang bersifat peribadi yang belum dicapai atau mugkin perlukan talian hayat untuk meneruskan UMNO "bernafas".


Mengapa UMNO tidak membuat kerjasama dengan PKR?.Bukankah ramai dikalangan PKR itu mungkin lebih mengenali UMNO bukankah mudah untuk menjalinkan kerjasama.Apakah kerana Dato Sri Anwar Ibrahim telah membuka tembelang UMNO maka kerjasama dengan PKR tidak perlu.


Dalam berpolitik kejujuran dan ikhlas akan terhakis jika agenda parti diutamakan daripada agenda kehendak masyarakat,terutama janji-janji dalam manifesto pilihanraya gagal dilaksanakan.PAS pernah menjalinkan kerjasama dengan UMNO tetapi akhirnya gagal bertahan lama. Pada 13 Disember 1977 PAS disingkir dari BN kerana enggan mematuhi whip BN mengenai undang-undang Darurat,akibat kerjasama itu PAS akhirnya terpaksa menerima hakikat juga telah berlaku perpecahan sesama mereka.
Perlu diingatkan di Malaysia bukan hanya satu bangsa sahaja yang perlu diperjuangkan tetapi melibatkan semua kaum.Slogan "1 Malaysia" adalah baik jika dilaksanakan seperti seperti yang ditulis bagi keharmonian kaum.Tetapi sebagai seorang Islam agenda Islam adalah diutamakan tiada agenda bangsa diutamakan.Kerjasama antara UMNO dan PAS amat disarankan tetapi bukan kerjasama politik tetapi kerjasama sebagai seorang muslim sesama muslim eratkan silaratulrahim.


Kerjasama politik antara UMNO dan PAS tidak bererti kaum Melayu telah bersatu bagaimana pula kaum melayu di PKR?.Alangkah baiknya berpolitiklah tetapi ukhwah islam tetap diutamakan oleh UMNO,PAS dan PKR.



Sedih melihatkan masih ada lagi masyarakat yang mengamalkan politik sempit sehinggakan ukhwah islam dipinggirkan.

Saturday, July 17, 2010

Pemotongan Subsidi dan akibat keputusan itu

Semalam bermulalah kenaikkan beberapa barangan keperluan disebabkan "pelarasan harga" @harga baru@harga naik la!.Akibat keputusan itu kesan kepada masyarakat yang berpendapatan rendah akan terasa bebanannya.Mungkin penyokong "puak" yang memberi kemenangan kepada "puak timbang" telah menimbangi dengan baik keputusan itu.Dan "puak" menentang akan berteriak huureeyyyy padan muka mereka dan padan muka aku jugak.

Bila barangan yg di kurangkan subsidi terutama minyak kenderaan pasti akan ada kenaikan barangan lain-lain.Bagi penduduk bandar pasti akan amat memeritkan perbelanjaan harian,dengan persekitaran kerja hari ini(kaum bapa dan ibu bekerja) ramai yang "bergantung" dengan makanan yang telah masak di kedai pasti akan naik,cuma tunggu masa dan ketika.Kalau dulu 4 biji kueh RM 1 lepas nie mungkin 2-3 biji kueh RM1,itu baru sarapan pagi kedai tepi jalan!

Diluar bandar juga sekarang tidak lagi kaum ibu menjadi surirumah tangga sepenuh masa bahkan mereka juga keluar mencari rezeki membantu suami kerana kos sara hidup makin hari makin meningkat.


Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
- Diesel - RM1.75 seliter.
- Gula - RM1.70 sekilogram
- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Tapi elok juga keputusan kerajaan mengurangkan subsidi itu,ini memberikan peluang kepada masyarakat menilai kemampuan kerajaan dengan slogan"Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".Jika tidak mampu melaksanakan slogan itu tunggulah bila masa Piliharaya rakyat 1 malaysia akan tunjukkan jalan keluar daripada Parlimen kepada mereka.Apa yang mampu kini masyarakat ikuti kembali merenungi dan mengamalkan petikan makna daripada Al Quran ini:

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”.
(Surah al-Isra: 26-27).


"Kalau golongan marhain sahaja yang tidak buat pembaziran bangkrap juga negara jika puak atasan tak ikut...tapi Alhamdulillah,jika kita mengikuti arahan itu dan dijanjikan "khabar gembira" apabila bertemu Ilahi."

Thursday, July 15, 2010

Menilai sumber maklumat sebelum membuat keputusan

Pada masa ini pelbagai maklumat,bahan,berita dan cerita dapat diperolehi daripada pelbagai sumber,dilihat yang paling mudah adalah melalui kaca TV atau kaca monitor komputer.Kita patut rasa bertanggungjawab atas maklumat atau berita yang kita lihat atau dengar sebelum membuat keputusan.Dimana keputusan melalui berita itu mungkin akan menjadikan kita sebahagian daripada penyampai maklumat atau berita kepada yang tidak mendapat maklumat/berita.Keputusan atau juga konklusi yang dibuat bakal merosakkan nilai masyarakat terhadap pandangan kepada keputusan yang kita buat.
Beberapa penilaian dan penakulan kepada maklumat/berita patut dibuat seperti:-

Darimana berita itu diambil.
Siapa penyampai maklumat itu.
Tujuan maklumat itu dihebahkan.
Apakah kepentingan penyampai maklumat itu.


Seperti yg kita sedia ketahui maklumat yang diambil daripada pelbagai sumber contoh jika maklumat itu diambil daripada sebuah buku.Siapa penulisnya perlu kita tahu,juga tujuan buku itu ditulis jika penulis buku itu buku politik pasti penulisannya menjurus pemikiran poltik yang beliau sertai dan tidak lain maklumat yang hendak disampaikan kepada pembaca sudah tentu bertujuan memenangi pemikiran politiknya.Dan kemenangan pada sokongan pemikiran politiknya adalah kepentingan utamanya.
Fokus utama untuk dinilai pada buku siapa penulis.Jika penulisan yang ditulis tidak seperti apa maklumat/berita dalam penulisannya pasti penulis itu ada kepentingan-kepentingan lain seperti dalam bukunya ada ditulis "Sebagai insan kehidupan yang sederhana itu amat patut dipraktikkan demi kesejahtaraan,jangan membazir menggunakan wang pada tempat yang tidak sepatutnya".Adakah wajar sebagai penulis menulis begitu jika secara terang-terangan penulis itu tidak mengikuti cara hidup seperti buku yang ditulisnya.Sudah pasti tujuan buku itu ditulis bukan untuk mendidik masyarakat supaya hidup sederhana dan tidak membazir sebaliknya tujuan utama supaya pembaca menampakkan "pemikiran" yang baik itu demi mendapat sokongan-sokongan tertentu dengan "ayat-ayat" yang baik-baik kononnya!.


"Walaupun ada kejelikkan pada sesebuah karya mustahil tiada sebarang menanfaat pada karya tersebut"

Tuesday, July 6, 2010

Hukum Ulama Sertai Parti Politik?

Soalan: Yang amat saya kasihi Dr Asri, sehari dua ini heboh masyarakat mengulas tentang ulama muda menyertai parti tertentu. Alhamdulillah, saya mewakili kebanyakan rakyat Malaysia bersyukur kerana Dr. Asri yang kami sanjungi tidak mengambil tindakan yang sama. Tapi saya hendak tanya Dr, apakah pandangan Dr Asri tentang ulama yang menyertai pertubuhan politik yang tidak memperjuangkan Islam dan terlibat dengan banyak perbuatan-perbuatan tidak baik? Maaf jika soalan ini berbau politik.



Fazalina, Tanah Merah.



Jawapan DR MAZA: Saudari Fazalina, terima kasih atas penghormatan saudari dan rakyat Malaysia yang lain. Doakan agar saya dapat memilihkan langkah betul lagi diredhai Allah dalam kehidupan ini. Soalan yang saudari kemukakan itu adalah berkaitan Islam, maka ia hendaklah dinilai dengan pertimbangan al-Quran dan al-Sunnah, bukan pertimbangan emosi. Hukum dan pendapat agama hendaklah bebas dari cengkaman sentiment tertentu, sebaliknya berpijak atas fakta dan dalil. Apa yang akan saya kemukakan adalah kadar kefahaman saya terhadap dalil-dalil dalam hal ini. Pohon keampunan kepada Allah jika ia tersasar dari kebenaran. Maka, pendapat saya dalam hal ini seperti berikut;



1. Setiap pertubuhan atau kerajaan atau badan mempunyai dasar atau tujuannya yang tersendiri. Di samping slogan yang dilaungkan, kita juga hendaklah melihat bagaimanakah keadaan atau suasana di dalamnya. Meletakkan slogan yang baik atau islamik mungkin mudah, tetapi menghayatinya bukanlah semudah slogan yang dilaungkan. Ada pertubuhan atau kerajaan yang tidak berslogan Islam, tetapi suasana kebaikan dalamnya terbuka luas. Demikian sebaliknya.

Maka, penilaian terhadap sesuatu kumpulan atau parti atau pemerintahan hendaklah dilihat dari berbagai sudut. Maka, saya katakan hukum penyertaaan mana-mana individu ke dalam apa-apa pertubuhan atau parti atau kerajaan bergantung kepada beberapa perkara utama; pertama: niat, kedua: peranan, ketiga: kemampuan dan kadar kebaikan dan keburukan dalam penyertaan tersebut.

2. Ertinya, jika niatnya untuk kebaikan atau mendapat keredhaan Allah, maka itu suatu ibadah. Jika untuk mendapat habuan dunia, maka ia bukanlah kebaikan yang diterima Allah bahkan akan merosakkan orang lain. Sehingga jika seseorang menyertai parti atau kerajaan yang berslogankan Islam pun, jika niatnya salah, ia tidak mendapat pahala bahkan mungkin mendapat dosa. Hal ini kita dapat lihat bagaimana Nabi Yusuf a.s. meminta jawatan menteri pembendaharaan Mesir, padahal Raja Mesir ketika itu bukan seorang muslim. Sistem yang dipakai juga, bukan syariat Allah. Firman Allah: (maksudnya)

“Yusuf berkata: “Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya. Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan” (Surah Yusuf, 55-56).

3. Setelah niatnya betul, hendaklah dia mengetahui apakah peranan yang hendak dimainkan. Jika kumpulan atau kerajaan yang tidak sertai itu tidak Islamik atau menyanggahi prinsip-prinsip keadilan dan kebaikan, apakah peranan yang dia boleh mainkan untuk membaiki suasana tersebut atau menyampaikan mesej Islam ke dalamnya. Kata al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H):

“Sesungguhnya Yusuf a.s. hanya meminta kuasa setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, pembaikian dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu adalah fardu `ain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain” (Tafsir al-Qurtubi, 9/21, Beirut: Dar al-Fikr).

Demikian kita, jika dirasakan penyertaan kita dalam mana-mana badan atau kerajaan dapat menegakkan kebenaran atau mengelakkan kezaliman dengan kadar yang termampu, maka penyertaan itu mendapat pahala. Jika tiada siapa yang mampu lakukan kecuali kita, maka ia merupakan satu kewajiban.

4. Jika badan yang disertainya itu dipenuhi kemungkaran dan tiada peranan dalam mengubah atau mengurangkannya, maka penyertaaan ke dalamnya adalah dosa. Ini disebabkan dia menambahkan kemeriahan golongan mungkar. Allah berfirman: (maksudnya)

“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam al-Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek, maka janganlah kamu duduk dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka” (Surah al-Nisa: 140).

5. Setelah betul niatnya, dan jelas peranannya, hendaklah dia mengukur kadar kemampuan diri dalam memainkan peranan tersebut. Jika dia tahu bahawa dia tidak akan mampu mengubah atau mengurangkan kemunkaran tersebut, maka dia diharamkan menyertai kumpulan atau organisasi munkar itu. Jika dia tahu dia mampu dengan kadar peranan yang ingin dia mainkan, maka itu suatu perjuangan menyampaikan mesej Islam. Nabi Yusuf a.s tidak mengubah seluruh sistem kerajaan Mesir ketika itu tetapi dia berjaya menegakkan kebaikan dan keadilan dalam menguruskan khazanah kekayaan Mesir. Rakyat Mesir mendapat kebaikan dari kedudukan Yusuf a.s.

6. Ertinya, penyertaan ke dalam organisasi yang tidak Islamik bukanlah semestinya sehingga mampu mengubah keseluruhan sistem. Raja Najasyi Habsyah bernama Ashamah bin Abjar beriman dengan Nabi s.a.w tetapi beliau mengepalai Kerajaan Kristian Habsyah. Beliau tidak mampu mengubah kerajaannya, tetapi mampu melindungi sahabah-sahabah yang berhijrah mencari perlindungan di Habsyah dan menegakkan asas-asas keadilan untuk rakyatnya. Nabi s.a.w berutus surat dengan Najasyi, tetapi baginda tidak memerintahkan Najasyi meninggalkan kerajaannya dan berhijrah ke Madinah. Nabi memujinya, sekalipun beliau mati di Habsyah ketika mentadbir sebuah kerajaan Kristian. Sabda Nabi s.a.w

“Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)”. (Riwayat al-Bukhari).

7. Berikutnya hendaklah difikir dan ditimbang sehalus-halusnya kadar maslahah (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) yang akan terhasil dari penyertaan tersebut. Jika kebaikan mengatasi keburukan maka itu sewajarnya dilakukan. Jika sebaliknya, wajib dihindari. Namun dalam menilai maslahah dan mafsadah itu hendaklah berteraskan ilmu, teliti dan warak.

8. Apa pun, keikhlasan niat, tahu peranan, ada kemampuan dan penilaian yang matang adalah syarat penting dalam hal ini. Dalam Islam apa yang tidak mampu dibuat semuanya, jangan pula ditinggalkan semuanya. Setiap orang hendaklah menilai kadar baik dan buruk bagi setiap tindakan yang diambil berteraskan keredhaan Allah. Kita berdoa agar Allah membimbing kita semua ke jalan yang diredhaiNya.


Artikel daripada:http://drmaza.com/home/?p=1183

Thursday, June 24, 2010

Dr Asri menyertai UMNO?




Itulah berita yang menarik senario politik negara hasil daripada rumusan sesetengah pihak media diatas laporan pelbagai saluran media.
Alhamdulillah aku pernah diberi kelapangan masa untuk beberapa tahun mengikuti kuliah Dr.Asri di masjid-masjid dan di Dewan Ibnu Qayyim terletak di Mengkuang,Bukit Mertajam semasa aku di Pulau Pinang.
Pelbagai dakwaan dilemparkan kononnya Dr Asri mengajar fahaman wahabi dan mengajar pelbagai pendapat dalam islam yang tidak diketahui sebelum ini.Memang ada sesetengah pendapat yang dikemukakan menyentuh beberapa perkara amalan masyarakat islam di Malaysia bertentangan dengan pendapat yang dikemukakan.Tapi sebagai penuntut aku berlapang dada menerima pendapat-pendapat itu sebagai ilmu yang mendatangkan kebaikan untuk terus mencari ilmu bagi memperbaiki cara aku hidup sebagai muslim.Tapi yang aku kesal ada sesetengah pihak melemparkan tuduhan yang kadang-kadang aku terfikir dimana si pelempar tuduhan itu dapat maklumat yang bukan daripada maksud sebenar sesuatu isu yang dikemukakan.
Dalam kuliah disampaikan ada juga termasuk bab-bab pemerintahan disentuh.Pada masa itu Dr.Asri aku lihat tidak menyebelahi mana-mana pihak.Sifatnya "natural".Tapi perjuangan untuk mertabatkan ilmu dan pemahaman islam berasaskan 2 sumber utama ajaran islam tersangat jelas.Semua pendapat ada sumbernya.Aku lihat ramai di kalangan penuntut ilmu yang mengikuti kuliah beliau "Geng Hijau" berasaskan pergaulan aku dngan penuntut lain.Ada juga "Geng Biru" mengikuti kuliah beliau tapi bab kepartian tidak diambil hal kerana apa yang lebih penting ilmu islam mesti di sebarkan dan wajib difahami bagi yang mengaku Muslim.
Apa yang aku harapkan Dr.Asri perlu kekal dengan sifat "natural" dalam politik sehingga masa yang sesuai untuk terlibat secara terang dan nyata pihak mana harus di dokongi metodologi parti politik yang betul dan benar mengikuti kehendak Allah dan Rasul S.A.W.Jika hendak terlibat dalam masa terdekat ini,semoga Allah berikan kekuatan dan jalan hidayahNya sepertimana beliau menjadi Mufti negeri Perlis dulu.
Wallahualam.

Friday, May 28, 2010

Kenderaan Yang Aku Miliki


Beginilah agaknya bila aku dilahirkan



Bila Usia ku 3 Tahun,bapa telah membeli kan aku sebuah basikal

Usiaku menjangkau 5 tahun bapaku menghadiahkan basikal ini pulak

Bila aku sekolah,bapa aku sekali lagi membelikan basikal yang lebih hebat!

Bila aku menjejakkan kakiku ke alam persekolahan menengah bapakku menghadiahkan aku sebuah motosikal kerana aku seorang pelajar yang cemerlang

Akhirnya aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti dan bapaku membelikan sebuah motosikal yang hebat pada aku.

Setelah aku habis belajar,aku mendapat pekerjaan yang baik dan aku membeli keeta idaman ku.....namun aku terlupa dan tidak sadar segala kenderaan yang aku miliki tiada berkekalan semuanya hanya perhiasan dunia aku sahaja....dan inilah kenderaan terakhir ku.....untuk aku "berehat" seketika dialam "ketiga" pastinya dialam ini tiada lagi kenderaan seperti di dunia...



idea penceritaan ini aku mula "kenal" pada usia aku 8 tahun melalui sebuah buku "Al-Ain" terbitan kumpulan Al-Alqam.Suatu idea yang bagus ingatkan tiap bermula akan berakhir.

Friday, May 21, 2010

HARAPAN PADA SEBUAH DESA

Desa ini desa damai,
Didesa ini aku mula bernafas
Aku berfikir mengapa aku bernafas
Terasa ada jawapan disini
Tapi sandarannya tidak aku rasa lagi
Nafasku terasa sukar sekali
Aku mencarinya pada desa lain
Didesa itu ada jawapan
Jawapan didesa itu berlainan
Segalanya ada sandaran yang ada penjelasan
Sandaranya membuatkan aku sukar bernafas didesaku
Aku tetap juga cuba bernafas didesaku
Nafasku tak sama nafas didesaku
Aku fahami kenapa begitu
Desaku akan tetap bernafas begitu
Jika penghuninya rasa damai begitu
Bilakah nafas mereka sama denganku
Hanya masa dan waktu menjadi penentu

Monday, May 17, 2010

Bantah Lesen Judi & Konsert 12 Jam




KL MEI 14, 10: Kecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang. Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut. Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad. Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),



Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Majlis itu bermula dengan ucapan Kamaruzzaman selama lima minit, membantah pengeluaran lesen judi pertaruhan tersebut serta penganjuran konsert berkenaan. Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara. Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.



Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas. Kamaruzzaman berkata, beliau meminta kepada polis supaya membenarkan mereka meneruskan majlis itu selama 10 minit. Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja. Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut. Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas. Ekoran itu, kata Kamaruzzaman, beliau terpaksa berunding lagi sekali dengan polis supaya membenarkan mereka meneruskan bantahan tersebut. Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.

Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar. Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan.(AK)

Sumber Berita

Cuba fikirkan apa yang kita buat bila "dosa-dosa" di"lesenkan" kepada puak-puak maksiat...

Friday, May 7, 2010

Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan Piala Dunia

KUALA LUMPUR ,MEI 06, 10: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata
jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa."Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.
Awang Adek berkata,
kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya. - Bernama/sumber daripada/


Jika benarlah berita dan kenyataan seperti yang dilaporkan..Kerajaan amat patut timbang dengan neraca yang adil seperti lambang BN (dacing)terutama UMNO diatas permintaan kaki judi.Jangan kerana wang, perilaku yang di larang oleh "Tuhan di langit" dibenarkan di bumi Malaysia ini.Tak cukupkah tempat judi "halal" yang diizinkan di Malaysia.
Dalam Al-Quran, Surah Al-Maaidah, ayat 90, Allah berfirman yang maksudnya,
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
Mari kita ummat Islam berdoa semoga usaha puak kaki judi tidak berjaya!kalau kerajaan memutuskan kebenaran kepada kaki judi bertanggungjawablah juga "tangan-tangan" yang menaikkan kerajaan sekarang jadi pemerintah

Thursday, May 6, 2010

Memusuhimu bukan membencimu

Padaku kau lah paling dimusuhi

Seteru yang mesti dimusnahi

Tiada lagi saki-bakimu

Bila ku menghancurkanmu

Biar ku terkorban dalam perjuangan ku

Asalkan kau musnah juga pada keturunan ku

Semoga aman dunia tiadamu

Aman bahagia keturunan agamaku

Walaupun nadaku amat memusuhimu

Aku tetap tidak membencimu

Kerana kita sealiran bertemu

Cuma semangatku berbisik begitu

Kerana kutelah lihat perjuanganmu

Amat jauh dari pegangan dulu

Harapan kembali tetap dihajati

Sebelum jiwaku dan jiwamu dicabuti

Marilah kita bersatu hati

Membela umat yang hakiki

Semoga kita tiada bermusuhan lagi

Wednesday, May 5, 2010

Variasi Dan Keturunan Khalifatan

Keturunan adalah suatu salasilah yang ada permulaan,dua entiti yang saling berhubungan dan melahirkan baka! Asasnya kelahiran kepartian dalam politik di bumi adanya pemikiran lahir dari bangsa keturunan umat manusia akibat mata yang melihat dan otak yang memikir merasakan perubahan keadaan kehidupan diri dan masyarakat marhain disisinya apatah lagi diri keturunan itu rasa ditindas dan lucutkan haknya dalam kehidupan sepatut lebih baik dari apa yang ada pada saat itu.Kekadang ada juga pemikiran keturunan itu untuk mencapai cita-cita yang melampau untuk menguasai keturunan manusia yang kononnya sudah merdeka-merdeka kehidupanya bahkan lebih jelik si pemikir@ sipenakluk mengambil keuntungan keturunannya,menganggap keturunanya pilihan tuhan,mengaku diri umpama tuhan,tanpa keturunannya kehidupan menjadi kucar-kacir dan tiada yang molek melainkan keturunannya!

Kepartian memerlukan dua entiti penting,yang aku maksudkan ketua(keturunan) dan pengikut(baka).Ketua inilah “menciptakan” pemikiran yang amat perlu dan “wajib” bahkan”fardhu” cetuskan mainan emosi bersifat ketuanan,kemahuan dan pemberontakkan serta jihad(bersungguh-sungguh) kepada baka-bakanya sama ada sifatnya keduniaan(kebendaan) mahupun kehidupan selepas kematian(akhirat).Untuk mendapat sifat keduniaan dan akhirat pada hakNya, tiada jalan lain melainkan kembali rujukan asal agama samawi terakhir,adapadanya pembawa khabar gembira dan duka ditakdirkan Al quran dan assunnah sumber yang afdhal sebagai rujukkan dan sandaran.Keduanya menjamin kelurusan segalanya cara untuk menjadi khalifah menghasilkan keturunan yang baik-baik dan menghasilkan baka yang baik-baik dalam kehidupan yang bersifat sementara ini.

Baka-baka perlu melihat dan berfikir dengan jelas cara permikiran dan tindakkan keturunan “si pemikir” apakah cakap-cakap dan tingkahlaku seperti yg diwartakan dan baiah(janji) keturunan itu.Khabar yang diterima apakah “indah khabar dari rupa atau lebih sudu dari kuah atau lurus seperti bendul”.Khabar-khabar pelbagai sumber yang dilihat mengampu keturunannya amat tidak adil dengan “jiran” keturunan itu.

Baka-baka jangan terpedaya dengan khabar-khabar dari keturunan itu, dengan memutuskan “berkahwin” dengan puak keturunan yang semacam jika apa yang dipropoganda hanya memberi untung pada keturunan semacam sahaja .Untuk mendamaikan hidup, baka pro patut berpakat-pakatan merisik-risik dengan baka kontra,mana tahu ada jodoh seterusnya bagi menghasilkan satu keturunan yang baru apatahlagi dikhabarkan ada keturunan lain sudah merisik-risik mungkin sudah bertunang pun dan sudah dirisiki dan diketahui keturunan yang itu adalah jelik tingkahlakunya dan hiasan susuk tubuh badannya.


Gambar Hiasan..Satu teori yang bersalahan dengan agama samawi.Tapi keturunan ini moral kehidupan kini seolah-olah terbalik dari manusia kepada haiwan

Barangkali bila berpakat-pakatan mengahwini yang keturunan “bengkok” bila disatukan baka-baka keduanya akan melahirkan keturunan yang lurus.Tapi bukannya mudah juga untuk menjadi yang lurus, memerlukan masa dan daya usaha mungkin juga herba tambahan.Amat penting yang ikhlas tanpa mahu “hantaran”(fulus) yang melampau batasan,mungkin keturunan mula dari baka itu tiada lurusnya tapi lama-kelamaan akan ada juga lurusnya itupun jika tiada penceraian akibat keturunan lain datang mengacau menawarkan hantaran yang lebih atau penceraian kehendak keturunan itu sendiri tapi yang jeliknya sifat keturunan itu, kononnya keturunanya ada prinsip tersendiri barangkali merasa hebat jasad dan jiwanya kononnya keturunanyalah yang jaguh dan perkasa dan sebenarnya sudah terlupa menggunakan baka-baka angkat untuk menjadi johan dalam pertarungan pemilihan keturunan untuk menjadi khalifah atas baka-baka yang telah pun tertipu,itulah keturunan yang mudah lupa dan janganlah baka-baka angkat itu mewarisi sifat keturunan itu.

Apakah perkahwinan antara dua keturunan yang bermusuh akan berlaku?.Ya! akan berlaku dengan izinNya jika baka-baka mereka bersatu,pedulikan keturunannya yang penting umat manusia dapat hidup aman dan merdeka serta mendapat rahmatanNya dan rahimNya.Marilah kita baka-baka daripada keturunan-keturunan itu menggunakan “tangan-tangan” kita mengubah keturunan asal kita yang jelik kepada yang molek dengan kita “berkahwin” dengan seteru kita agar keturunan kita pula menjadi manusia yang ditunjukkan jalan yang benar.Mengharapkan “Tuhan di langit” meredhakan baka-baka kita akan mengakhiri gen keturunan asal yang ada jalan bengkok-bengkok kepada jalan lurus selurus-lurusnya.



“Kalau dok pikiaq hantaran kahwin (fulus) pakai tak kawin lah! tapi elok juga tiada perkahwinan itu daripada merana menanggung beban hutang lepas kahwin”

Monday, April 26, 2010

AYAM GORENG ALTERNATIF

Makanan segera bukan lagi menjadi hidangan orang bandar bahkan orang kampung pun sudah biasa makan.Sebut ja McDonalds,KFC,Burger King,Pizza Hut dan sebagainya sudah pun terbayang makanan jualan mereka.
Tapi hari ini masyarakat khususnya muslim sudah ada pilihan bagi memenuhi kehendak "perut" yang mahu diisi dengan makanan segera terutama yang tinggal di Sungai Petani,Kedah.
Anda pernah dengar RFC & RADIX PIZZA .Tapi kalau disebut kopi RADIX mesti ramai rakyat malaysia mengenalinya.Bagi mereka yang "dilingkungan" ahli Herba Penawar Al Wahida (HPA) adanya dua syarikat kumpulan HPA memberikan makna yang cukup tinggi dalam perjuangan mereka kearah merialisasikan "Produk Halal Tanggugjawab Bersama"

Kopi Radix satu jenama tidak asing lagi bagi penggemar kopi pracampuran


RFC Di Lagenda Height,Sungai Petani


RADIX PIZZA Di Lagenda Height,Sungai Petani

Alhamdulillah dengan bermulanya usaha pihak HPA , produk halal akan menjadi pilihan utama bukan lagi alternatif khusus pada masyarakat islam.Ini kerana produk makanan yang dikeluarkan oleh HPA ada "tapisan" daripada panel syariahnya dan semua bekalan bahan mentah adalah dikawal selia oleh pihak HPA .Proses bahan mentah hingga menghasilkan "menu" makanan dikendalikan oleh orang muslim.


"Sapa yang balik kampung di sebelah utara ....dulu beli di KFC sekarang kita beli pulak di RFC"

Saturday, April 24, 2010

"DAJJAL" MULA BUAT KERJA!

Bila tiba masa pilihanraya kecil atau besar "dajjal" mula muncul bukan satu makin dekat tarikh buang undi makin besar mainan si"dajjal".Zaman budak-budak dulu kalau masa main ngan kawan sebaya tak puas hati mesti sebut "Dajjee...hang..."
"Dajjal" yg aku nak kata..tidak membawa maksud Dajjal secara total yang dibawakan beritanya oleh Muhammad S.A.W.Dan diriwayatkan pula oleh Imam Muslim dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Artinya : Sunguh aku labih mengetahui apa yang menyertai Dajjal. la akan bersama dua buah sungai yang mengalir,yang satu kelihatan mengalirkan air dan satunya lagi kelihatan mengalirkan api yang menyala-nyala,
maka hendaklah ia mendatangi sungai yang kelihatan berisi api itu, dan hendaklah ia pejamkan matanya,
karena yang nampak api itu adalah air yang dingin” [Shahih Muslim 18 : 61]([Disalin dari kitab Asyratus Sa'ah
edisi Indonesia Tanda-Tanda Hari Kiamat, Penulis Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabl MA,
Penerjemah Drs As'ad Yasin, Penerbit CV Pustaka Mantiq])

Apa pun pemahaman aku "Dajjal" nie adalah simbol fitnah yang patut dicopkan pada pemuka-pemuka dan pelobi-pelobi politik yang ada agenda sendiri.Awas blogger parti jangan jadikan diri anda "Dajjal".Sebarkan maklumat yang betul!.Dalam ilmu hadith penyampai hadith palsu memang sudahpun digelar dengan Dajjal!

Hasil kerja tangan "nakal" yang pe"dajjal" pemimpin politik

Walaupun ianya gambar "superimpose" tetapi tetap ada yang mempercayainya.. jangan nakal bro!.Ingat sesuatu bermula pasti ada penamatnya! Alhamdulillah kalau sempat bertaubat! Tapi kalau kerja nie dari orang kapir@kafir kta tak heran memang mereka tak ada pemahaman baik tentang Islam.Kesimpulan mudah berita dari sumber manapun jika suatu fitnah memang "dajjal"lah tu!
Kepada pengundi mesti berfikiran waras, siapa patut dipilih menjadi suara anda di dewan undangan negeri dan Parlimen seterusnya siapa yang patut menjadi pemimpin negara yang bebas unsur "Dajjal" .

Bila aku tengok berita ahli politik lompat parti tak kira apa
parti pun dalam hatiku berbisik"Dajjee...hang..dulu lain sekarang lain"...

Friday, April 23, 2010

PROJEK TERNAKKAN IKAN KELI

Alhamdulillah rancangan aku bersama sedara nak "hasilkan rezeki" dengan menternak ikan keli dah dilaksanakan..kira-kira dah seminggu benih ikan dilepaskan....insyaallah kalau projek nie berjaya maka banyak lagi kolam-kolam baru akan muncul di sekitar kampung aku..dan aku berharap projek nie tak akan berakhir dalam jangka masa yang singkat walaupun benda negatif akan berlaku...tapi aku yakin dan percaya kalau manusia itu ada usaha dan berdoa pada "tuhan di langit" dengan izinnya benda seekor menjadi beribu-ribu ekor!





Wednesday, April 21, 2010

KAMPUNG BERJAYA TITI BOM

Kampung Titi Bom....itulah nama kampung tempat aku dilahirkan lihat google Map


View KG Berjaya Titi Bom in a larger map
Seingat aku tahun 1980 an nama tu yang digunakan.Lepas tu tukar nama Kg. Berjaya....mai tahun 2000 depa gabungkan jadi nama Kg.Berjaya Titi Bom....






Jumlah Penduduk:Dianggarkan 300 org 70 buah rhumah(maklumat nie aku dapat daripada JKKP Titi bom)
Pekerjaan Utama: Petani,Pekerja sektor perkilangan
Nama JKKP:Hanapiah Endut (bukan org asal kg nie tetapi dilantik atas sebab org kg suka)
Politik:Secara tradisi didominasi oleh parti United Malays National Organisation (UMNO-daftar nama parti pun bahasa penjajah!)Majoriti orang Melayu x der pun bangsa lain melainkan melayu dan agama Islam.Pada pandangan aku golongan muda lebih cenderong kepada Pakatan Rakyat.Aku tahu la aku pun belia lagi.... lihat keputusan PRU ke 12 lalu



N21 GUAR CHEMPEDAK
Jumlah Pengundi: 18,296
Peratusan Kaum: M:87.36% C:11.61% I:0.95% L:0.08%
1. Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail (BN) (7,898)
2. Mohamad Ismail (Pas) (6,139)
Majoriti: 1,759
Jumlah undi: 14,242
Peratus mengundi: 77.84%
Undi rosak: 205
Penyandang: Datuk Abdul Razak Hashim (BN)
(Majoriti: 3,966 undi)

P12 JERAI
Jumlah Pengundi: 66,026
Peratusan Kaum: M:79.11% C:13.99% I: 6.31% L:0.59%
1. Mohd. Firdaus Ja'afar (Pas) (26,510)
2. Datuk Paduka Badruddin Amiruldin (BN) (24,211)
Majoriti: 2,299
Jumlah undi: 51,791
Peratus mengundi: 78.44%
Undi rosak: 1,070
Penyandang: Datuk Badruddin Amiruldin (BN)
(Majoriti: 10,405 undi)

sumber dari http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pilihanraya2008&pg=kawasan/kedah_p12.htm

BERITA KAMPUNG







Tinggal Kenangan

Dulu meriah kat rumah ni zaman awal 80an ada budak kampung yang datang belajar mengaji Al-Quran dan mula belajaq sholat termasuk aku .Tahun 1990an ramai jugak kat sini orang datang mendapatkan rawatan tradisional terutama rawatan resdong.Tetapi setelah kembalinya pemilik rumah ke Rahmatullah segalanya berubah!Ye lah warisnya semua ada "commitment" sendiri...semoga Allah memberikan rahmatnya keatas roh tok-tok dan tok wan-tok wan aku...amen.

























SURAU LAMA



Sini lah tempat aku kenal diri aku..tujuan aku ada kat dunia...banyak jasa surau nie kat aku rasa sedih pun ada...nak buat macam mana kegunaan untuk solat jemaah dan kegiatan kampung kat kampung nie dah menjadi "korban" akibat projek pembanggunan.Tapitak pa satu surau yg baru telah dibina untuk kegunaan penduduk kampung nie.Semoga Allah bagi pahala kepada yg telah wakafkan tanah surau lama nie..amen.

HIDUP & PERJUANGAN

Assalamualaikum.
Bila sebut hidup pasti ada perjuangan..apa yang diperjuangkan?Kelahiran insan bila hidup pasti mahukan keselesaan dan ketenangan.Tapi untuk dapat keselesaan & ketenangan pasti akan tempoh perjuangan sama ada berjuang cara molek atau keji.
Perjuangan juga tidak akan berjaya jika tiada dalam lingkungan pelbagai doktrin dan fahaman.
Asasnya doktrin/fahaman adalah pemikiran manusia yang terbatas berbanding ilmu Maha Pencipta dengan firman-Nya,

“Katakanlah : Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (dituliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).” (QS. Al Kahfi [18] : 109)
.
Sebagai muslim fahaman/doktrin yang murni dan diredhai Maha Pencipta hanya dianugerahkan pada utusan rasminya yang terakhir Muhammad S.A.W yang diturunkan kepadanya kalam Allah melalui hambanya Jibril(Maalaikat) kepada Nabinya(Muhammad S.A.W)dalam bahasa Arab dan saat ini jika seorang muslim membacanya kembali kalam-kalam Allah itu telah janjikan pahala.Itulah Al-Kitab,Al-Furqan dan pelbagai nama lain disebut berasaskan kalam-kalam Allah.

Hayat Muhammad S.A.W menjadi satu lagi faham/doktrin diikuti cara kehidupan kearabannya(perbuatan),apa yang diperkatakannya dan pengakuannya.Juga apa-apa kalam yg disandarkan pada Allah selain kalam-kalam Al-Quran--(Qudsi).

Kerja pejuang dijanjikan martabat yang molek daripada kalam-kalam Allah.Al-Syahid demi tertegaknya "arahan daripada langit" melalui maalaikatNya kepada utusanNya itulah matlamat pejuang manusia muslim dulu...
subhanallah! Adakah kita sama faham erti perjuangan seperti mereka?

Semoga aku akan ikut fahaman/doktrin yang sama dengan "arahan daripada langit daripada utusanNya kepada hambaNya" selagimana mindaku boleh berfikir amen..