Pages

Monday, July 26, 2010

Kerjasama Demi Negara Bangsa

Di Malaysia parti-parti politik ternama yang majoriti ahli dan penyokong melayu melibatkan UMNO,PAS dan PKR.
Kebelakangan ini timbul kembali isu dimana kerjasama antara UMNO dan PAS.Isu utama kerjasama adalah arah dan tuju bangsa melayu,ini kerana UMNO merasa bangsa melayu tidak akan menjadi bangsa yang berjaya jika negara in ditadbir selain UMNO dan BN .Jika dilihat sejarah kembali, UMNO telah dipilih oleh kaum melayu secara majoritinya sejak berpuluh tahun.Apakah agenda penubuhan UMNO itu masih belum tercapai? atau pun ada agenda yang bersifat peribadi yang belum dicapai atau mugkin perlukan talian hayat untuk meneruskan UMNO "bernafas".


Mengapa UMNO tidak membuat kerjasama dengan PKR?.Bukankah ramai dikalangan PKR itu mungkin lebih mengenali UMNO bukankah mudah untuk menjalinkan kerjasama.Apakah kerana Dato Sri Anwar Ibrahim telah membuka tembelang UMNO maka kerjasama dengan PKR tidak perlu.


Dalam berpolitik kejujuran dan ikhlas akan terhakis jika agenda parti diutamakan daripada agenda kehendak masyarakat,terutama janji-janji dalam manifesto pilihanraya gagal dilaksanakan.PAS pernah menjalinkan kerjasama dengan UMNO tetapi akhirnya gagal bertahan lama. Pada 13 Disember 1977 PAS disingkir dari BN kerana enggan mematuhi whip BN mengenai undang-undang Darurat,akibat kerjasama itu PAS akhirnya terpaksa menerima hakikat juga telah berlaku perpecahan sesama mereka.
Perlu diingatkan di Malaysia bukan hanya satu bangsa sahaja yang perlu diperjuangkan tetapi melibatkan semua kaum.Slogan "1 Malaysia" adalah baik jika dilaksanakan seperti seperti yang ditulis bagi keharmonian kaum.Tetapi sebagai seorang Islam agenda Islam adalah diutamakan tiada agenda bangsa diutamakan.Kerjasama antara UMNO dan PAS amat disarankan tetapi bukan kerjasama politik tetapi kerjasama sebagai seorang muslim sesama muslim eratkan silaratulrahim.


Kerjasama politik antara UMNO dan PAS tidak bererti kaum Melayu telah bersatu bagaimana pula kaum melayu di PKR?.Alangkah baiknya berpolitiklah tetapi ukhwah islam tetap diutamakan oleh UMNO,PAS dan PKR.



Sedih melihatkan masih ada lagi masyarakat yang mengamalkan politik sempit sehinggakan ukhwah islam dipinggirkan.

Saturday, July 17, 2010

Pemotongan Subsidi dan akibat keputusan itu

Semalam bermulalah kenaikkan beberapa barangan keperluan disebabkan "pelarasan harga" @harga baru@harga naik la!.Akibat keputusan itu kesan kepada masyarakat yang berpendapatan rendah akan terasa bebanannya.Mungkin penyokong "puak" yang memberi kemenangan kepada "puak timbang" telah menimbangi dengan baik keputusan itu.Dan "puak" menentang akan berteriak huureeyyyy padan muka mereka dan padan muka aku jugak.

Bila barangan yg di kurangkan subsidi terutama minyak kenderaan pasti akan ada kenaikan barangan lain-lain.Bagi penduduk bandar pasti akan amat memeritkan perbelanjaan harian,dengan persekitaran kerja hari ini(kaum bapa dan ibu bekerja) ramai yang "bergantung" dengan makanan yang telah masak di kedai pasti akan naik,cuma tunggu masa dan ketika.Kalau dulu 4 biji kueh RM 1 lepas nie mungkin 2-3 biji kueh RM1,itu baru sarapan pagi kedai tepi jalan!

Diluar bandar juga sekarang tidak lagi kaum ibu menjadi surirumah tangga sepenuh masa bahkan mereka juga keluar mencari rezeki membantu suami kerana kos sara hidup makin hari makin meningkat.


Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
- Diesel - RM1.75 seliter.
- Gula - RM1.70 sekilogram
- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Tapi elok juga keputusan kerajaan mengurangkan subsidi itu,ini memberikan peluang kepada masyarakat menilai kemampuan kerajaan dengan slogan"Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".Jika tidak mampu melaksanakan slogan itu tunggulah bila masa Piliharaya rakyat 1 malaysia akan tunjukkan jalan keluar daripada Parlimen kepada mereka.Apa yang mampu kini masyarakat ikuti kembali merenungi dan mengamalkan petikan makna daripada Al Quran ini:

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”.
(Surah al-Isra: 26-27).


"Kalau golongan marhain sahaja yang tidak buat pembaziran bangkrap juga negara jika puak atasan tak ikut...tapi Alhamdulillah,jika kita mengikuti arahan itu dan dijanjikan "khabar gembira" apabila bertemu Ilahi."

Thursday, July 15, 2010

Menilai sumber maklumat sebelum membuat keputusan

Pada masa ini pelbagai maklumat,bahan,berita dan cerita dapat diperolehi daripada pelbagai sumber,dilihat yang paling mudah adalah melalui kaca TV atau kaca monitor komputer.Kita patut rasa bertanggungjawab atas maklumat atau berita yang kita lihat atau dengar sebelum membuat keputusan.Dimana keputusan melalui berita itu mungkin akan menjadikan kita sebahagian daripada penyampai maklumat atau berita kepada yang tidak mendapat maklumat/berita.Keputusan atau juga konklusi yang dibuat bakal merosakkan nilai masyarakat terhadap pandangan kepada keputusan yang kita buat.
Beberapa penilaian dan penakulan kepada maklumat/berita patut dibuat seperti:-

Darimana berita itu diambil.
Siapa penyampai maklumat itu.
Tujuan maklumat itu dihebahkan.
Apakah kepentingan penyampai maklumat itu.


Seperti yg kita sedia ketahui maklumat yang diambil daripada pelbagai sumber contoh jika maklumat itu diambil daripada sebuah buku.Siapa penulisnya perlu kita tahu,juga tujuan buku itu ditulis jika penulis buku itu buku politik pasti penulisannya menjurus pemikiran poltik yang beliau sertai dan tidak lain maklumat yang hendak disampaikan kepada pembaca sudah tentu bertujuan memenangi pemikiran politiknya.Dan kemenangan pada sokongan pemikiran politiknya adalah kepentingan utamanya.
Fokus utama untuk dinilai pada buku siapa penulis.Jika penulisan yang ditulis tidak seperti apa maklumat/berita dalam penulisannya pasti penulis itu ada kepentingan-kepentingan lain seperti dalam bukunya ada ditulis "Sebagai insan kehidupan yang sederhana itu amat patut dipraktikkan demi kesejahtaraan,jangan membazir menggunakan wang pada tempat yang tidak sepatutnya".Adakah wajar sebagai penulis menulis begitu jika secara terang-terangan penulis itu tidak mengikuti cara hidup seperti buku yang ditulisnya.Sudah pasti tujuan buku itu ditulis bukan untuk mendidik masyarakat supaya hidup sederhana dan tidak membazir sebaliknya tujuan utama supaya pembaca menampakkan "pemikiran" yang baik itu demi mendapat sokongan-sokongan tertentu dengan "ayat-ayat" yang baik-baik kononnya!.


"Walaupun ada kejelikkan pada sesebuah karya mustahil tiada sebarang menanfaat pada karya tersebut"

Tuesday, July 6, 2010

Hukum Ulama Sertai Parti Politik?

Soalan: Yang amat saya kasihi Dr Asri, sehari dua ini heboh masyarakat mengulas tentang ulama muda menyertai parti tertentu. Alhamdulillah, saya mewakili kebanyakan rakyat Malaysia bersyukur kerana Dr. Asri yang kami sanjungi tidak mengambil tindakan yang sama. Tapi saya hendak tanya Dr, apakah pandangan Dr Asri tentang ulama yang menyertai pertubuhan politik yang tidak memperjuangkan Islam dan terlibat dengan banyak perbuatan-perbuatan tidak baik? Maaf jika soalan ini berbau politik.



Fazalina, Tanah Merah.



Jawapan DR MAZA: Saudari Fazalina, terima kasih atas penghormatan saudari dan rakyat Malaysia yang lain. Doakan agar saya dapat memilihkan langkah betul lagi diredhai Allah dalam kehidupan ini. Soalan yang saudari kemukakan itu adalah berkaitan Islam, maka ia hendaklah dinilai dengan pertimbangan al-Quran dan al-Sunnah, bukan pertimbangan emosi. Hukum dan pendapat agama hendaklah bebas dari cengkaman sentiment tertentu, sebaliknya berpijak atas fakta dan dalil. Apa yang akan saya kemukakan adalah kadar kefahaman saya terhadap dalil-dalil dalam hal ini. Pohon keampunan kepada Allah jika ia tersasar dari kebenaran. Maka, pendapat saya dalam hal ini seperti berikut;



1. Setiap pertubuhan atau kerajaan atau badan mempunyai dasar atau tujuannya yang tersendiri. Di samping slogan yang dilaungkan, kita juga hendaklah melihat bagaimanakah keadaan atau suasana di dalamnya. Meletakkan slogan yang baik atau islamik mungkin mudah, tetapi menghayatinya bukanlah semudah slogan yang dilaungkan. Ada pertubuhan atau kerajaan yang tidak berslogan Islam, tetapi suasana kebaikan dalamnya terbuka luas. Demikian sebaliknya.

Maka, penilaian terhadap sesuatu kumpulan atau parti atau pemerintahan hendaklah dilihat dari berbagai sudut. Maka, saya katakan hukum penyertaaan mana-mana individu ke dalam apa-apa pertubuhan atau parti atau kerajaan bergantung kepada beberapa perkara utama; pertama: niat, kedua: peranan, ketiga: kemampuan dan kadar kebaikan dan keburukan dalam penyertaan tersebut.

2. Ertinya, jika niatnya untuk kebaikan atau mendapat keredhaan Allah, maka itu suatu ibadah. Jika untuk mendapat habuan dunia, maka ia bukanlah kebaikan yang diterima Allah bahkan akan merosakkan orang lain. Sehingga jika seseorang menyertai parti atau kerajaan yang berslogankan Islam pun, jika niatnya salah, ia tidak mendapat pahala bahkan mungkin mendapat dosa. Hal ini kita dapat lihat bagaimana Nabi Yusuf a.s. meminta jawatan menteri pembendaharaan Mesir, padahal Raja Mesir ketika itu bukan seorang muslim. Sistem yang dipakai juga, bukan syariat Allah. Firman Allah: (maksudnya)

“Yusuf berkata: “Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya. Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan” (Surah Yusuf, 55-56).

3. Setelah niatnya betul, hendaklah dia mengetahui apakah peranan yang hendak dimainkan. Jika kumpulan atau kerajaan yang tidak sertai itu tidak Islamik atau menyanggahi prinsip-prinsip keadilan dan kebaikan, apakah peranan yang dia boleh mainkan untuk membaiki suasana tersebut atau menyampaikan mesej Islam ke dalamnya. Kata al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H):

“Sesungguhnya Yusuf a.s. hanya meminta kuasa setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, pembaikian dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu adalah fardu `ain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain” (Tafsir al-Qurtubi, 9/21, Beirut: Dar al-Fikr).

Demikian kita, jika dirasakan penyertaan kita dalam mana-mana badan atau kerajaan dapat menegakkan kebenaran atau mengelakkan kezaliman dengan kadar yang termampu, maka penyertaan itu mendapat pahala. Jika tiada siapa yang mampu lakukan kecuali kita, maka ia merupakan satu kewajiban.

4. Jika badan yang disertainya itu dipenuhi kemungkaran dan tiada peranan dalam mengubah atau mengurangkannya, maka penyertaaan ke dalamnya adalah dosa. Ini disebabkan dia menambahkan kemeriahan golongan mungkar. Allah berfirman: (maksudnya)

“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam al-Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek, maka janganlah kamu duduk dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka” (Surah al-Nisa: 140).

5. Setelah betul niatnya, dan jelas peranannya, hendaklah dia mengukur kadar kemampuan diri dalam memainkan peranan tersebut. Jika dia tahu bahawa dia tidak akan mampu mengubah atau mengurangkan kemunkaran tersebut, maka dia diharamkan menyertai kumpulan atau organisasi munkar itu. Jika dia tahu dia mampu dengan kadar peranan yang ingin dia mainkan, maka itu suatu perjuangan menyampaikan mesej Islam. Nabi Yusuf a.s tidak mengubah seluruh sistem kerajaan Mesir ketika itu tetapi dia berjaya menegakkan kebaikan dan keadilan dalam menguruskan khazanah kekayaan Mesir. Rakyat Mesir mendapat kebaikan dari kedudukan Yusuf a.s.

6. Ertinya, penyertaan ke dalam organisasi yang tidak Islamik bukanlah semestinya sehingga mampu mengubah keseluruhan sistem. Raja Najasyi Habsyah bernama Ashamah bin Abjar beriman dengan Nabi s.a.w tetapi beliau mengepalai Kerajaan Kristian Habsyah. Beliau tidak mampu mengubah kerajaannya, tetapi mampu melindungi sahabah-sahabah yang berhijrah mencari perlindungan di Habsyah dan menegakkan asas-asas keadilan untuk rakyatnya. Nabi s.a.w berutus surat dengan Najasyi, tetapi baginda tidak memerintahkan Najasyi meninggalkan kerajaannya dan berhijrah ke Madinah. Nabi memujinya, sekalipun beliau mati di Habsyah ketika mentadbir sebuah kerajaan Kristian. Sabda Nabi s.a.w

“Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)”. (Riwayat al-Bukhari).

7. Berikutnya hendaklah difikir dan ditimbang sehalus-halusnya kadar maslahah (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) yang akan terhasil dari penyertaan tersebut. Jika kebaikan mengatasi keburukan maka itu sewajarnya dilakukan. Jika sebaliknya, wajib dihindari. Namun dalam menilai maslahah dan mafsadah itu hendaklah berteraskan ilmu, teliti dan warak.

8. Apa pun, keikhlasan niat, tahu peranan, ada kemampuan dan penilaian yang matang adalah syarat penting dalam hal ini. Dalam Islam apa yang tidak mampu dibuat semuanya, jangan pula ditinggalkan semuanya. Setiap orang hendaklah menilai kadar baik dan buruk bagi setiap tindakan yang diambil berteraskan keredhaan Allah. Kita berdoa agar Allah membimbing kita semua ke jalan yang diredhaiNya.


Artikel daripada:http://drmaza.com/home/?p=1183