Pages

Thursday, June 24, 2010

Dr Asri menyertai UMNO?




Itulah berita yang menarik senario politik negara hasil daripada rumusan sesetengah pihak media diatas laporan pelbagai saluran media.
Alhamdulillah aku pernah diberi kelapangan masa untuk beberapa tahun mengikuti kuliah Dr.Asri di masjid-masjid dan di Dewan Ibnu Qayyim terletak di Mengkuang,Bukit Mertajam semasa aku di Pulau Pinang.
Pelbagai dakwaan dilemparkan kononnya Dr Asri mengajar fahaman wahabi dan mengajar pelbagai pendapat dalam islam yang tidak diketahui sebelum ini.Memang ada sesetengah pendapat yang dikemukakan menyentuh beberapa perkara amalan masyarakat islam di Malaysia bertentangan dengan pendapat yang dikemukakan.Tapi sebagai penuntut aku berlapang dada menerima pendapat-pendapat itu sebagai ilmu yang mendatangkan kebaikan untuk terus mencari ilmu bagi memperbaiki cara aku hidup sebagai muslim.Tapi yang aku kesal ada sesetengah pihak melemparkan tuduhan yang kadang-kadang aku terfikir dimana si pelempar tuduhan itu dapat maklumat yang bukan daripada maksud sebenar sesuatu isu yang dikemukakan.
Dalam kuliah disampaikan ada juga termasuk bab-bab pemerintahan disentuh.Pada masa itu Dr.Asri aku lihat tidak menyebelahi mana-mana pihak.Sifatnya "natural".Tapi perjuangan untuk mertabatkan ilmu dan pemahaman islam berasaskan 2 sumber utama ajaran islam tersangat jelas.Semua pendapat ada sumbernya.Aku lihat ramai di kalangan penuntut ilmu yang mengikuti kuliah beliau "Geng Hijau" berasaskan pergaulan aku dngan penuntut lain.Ada juga "Geng Biru" mengikuti kuliah beliau tapi bab kepartian tidak diambil hal kerana apa yang lebih penting ilmu islam mesti di sebarkan dan wajib difahami bagi yang mengaku Muslim.
Apa yang aku harapkan Dr.Asri perlu kekal dengan sifat "natural" dalam politik sehingga masa yang sesuai untuk terlibat secara terang dan nyata pihak mana harus di dokongi metodologi parti politik yang betul dan benar mengikuti kehendak Allah dan Rasul S.A.W.Jika hendak terlibat dalam masa terdekat ini,semoga Allah berikan kekuatan dan jalan hidayahNya sepertimana beliau menjadi Mufti negeri Perlis dulu.
Wallahualam.