Pages

Friday, February 25, 2011

Khalifah Yang Hilang

Bagai kering air mata
Merintih dan menangis
Berdoa pada yang maha kuasa
Takdirkan khalifah agung
Munculkan kembali

Membawa panji-panji perjuangan hakiki
Membawa alam kepada keberkatan
Berpaksikan yang realiti
Mendokongi ajaran yang suci

Ya rabbii....
Jelmakan insan itu
Kejutkan insan itu
Jadikan insan itu
Insan yang hilang
Insan marhaen menanti
Pembelaan yang realiti

Andai telah ada
Insan pilihan itu
Temukanlah pada kami
Takdir bersama
Apa jua pengorbanan
Kami relakan


SZ Izo 25022011

Penawar Duka

Sunyi dan sepi hati ini
Tiada bunga yang mekar
Yang memberi seri
Pada wajah yang suram ini

Cahaya bulan yang terang
Menerangi hati yang gelap ini
Deruan angin lautan
Menjadi suara yang merdu
Mengukir seri hati yang sunyi
Memberikan impian dihati

Hanya cahaya bulan
Menyuluhi jalanku
Deruan angin lautan
Membangkitkan jiwa yang sunyi
Menjadi penawar disisi

Sekuntum bunga yang mekar
Harap jangan kau layu
Sebelum ku temui
Disentuhi oleh tangan ini
Mungkin sekadar fantasi
Semoga memberikan erti
Kehidupan bercahaya kembali


SZ Izo 25022011

Thursday, February 17, 2011

Dimana ayah...

Dimana ayah..duhai ibu
Rindu rasa hati ini
Mengapa ayah tiada
Disisi kita wahai ibu
Sedih rasa sehari-hari
Sampai bila...

Duhai anak
Ibupun telahpun tahu
Apa yg terbuku dihatimu
Walaupun anak ku
Engkau masih kecil
Perasaan itu....
Tetap sama dengan ibu.....

Duhai anak...duhai isteri..
Maafkan...atas kekurangan
Aku terpaksa berjauhan
Sudah ditentukan begini
Hanya doa kita semua
Semoga dekat dimata
juga di hati..
Bila tiba suatu hari nanti
Segalanya berubah..
Kita sentiasa bersama.

SZ izof

Monday, February 14, 2011

Insan Termulia

Mulianya namamu..
Telah ditakdirkan sejak azali
Menyebut namamu mendapat petanda
Menjadi pengikut yang setia

Engkaulah Muhammad ibni Abdullah
Sejahtera atas engkau
Diberikan oleh Allah

Lahirmu membawa rahmat
Kepada seluruh alam ini
Sejarah hidup yang penuh dugaan
Penuh cabaran yang mendatang
Tapi itulah hakikat
Nabi mengakhiri zaman

Petunjuk mu akan jadi pegangan
Semoga semangat juangmu
Tidak akan hilang
Sifat dan kebaikanmu dan aklakmu
Menjadi ikutan insan

Wahai nabi akhir zaman
Engkaulah insan yg mulia
Ya tuhanku berilah kesejahteraan
Kepada Muhammad kekasihmu
Semoga kasih Nabimu itu
Sampai juga pada ku.......

SZ.Izo 15022011

Hati tetap Berpalu

Pertama kali terpandang wajahmu
Tersentap tubuh terkaku tanpa bicara
Bagai bumi terhenti seketika
Itulah masa amat berbeza

Mengapa begitu yang terasa
Walaupun ku tak mahu merasa
Tapi hati tetap berpalu
Membuat kalbu terasa merana

Setiap waktu sudah tak menentu
Terasa sehari panjang akan berlalu
Mungkin pasti akan ketemu
Seperti pertemuaan yang telah lalu

Fikiran kata tidak perlu
Hati menyapa mengapa begitu
Bukankan hidup amat perlu
Dua jiwa hidup bersatu

Hanya tuhan aku berseru
Bantulah kehendak tingkah ku
Semoga sudahpun ditentu
Adalah segalanya kehendak Maha satu
Apakah bebas seperti dahulu
Atau terus-terusanan tanggung bebanan.
Tiada penghujung yang tiada kepastian...




SZ.izo 14022011