Pages

Friday, May 28, 2010

Kenderaan Yang Aku Miliki


Beginilah agaknya bila aku dilahirkan



Bila Usia ku 3 Tahun,bapa telah membeli kan aku sebuah basikal

Usiaku menjangkau 5 tahun bapaku menghadiahkan basikal ini pulak

Bila aku sekolah,bapa aku sekali lagi membelikan basikal yang lebih hebat!

Bila aku menjejakkan kakiku ke alam persekolahan menengah bapakku menghadiahkan aku sebuah motosikal kerana aku seorang pelajar yang cemerlang

Akhirnya aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti dan bapaku membelikan sebuah motosikal yang hebat pada aku.

Setelah aku habis belajar,aku mendapat pekerjaan yang baik dan aku membeli keeta idaman ku.....namun aku terlupa dan tidak sadar segala kenderaan yang aku miliki tiada berkekalan semuanya hanya perhiasan dunia aku sahaja....dan inilah kenderaan terakhir ku.....untuk aku "berehat" seketika dialam "ketiga" pastinya dialam ini tiada lagi kenderaan seperti di dunia...



idea penceritaan ini aku mula "kenal" pada usia aku 8 tahun melalui sebuah buku "Al-Ain" terbitan kumpulan Al-Alqam.Suatu idea yang bagus ingatkan tiap bermula akan berakhir.

Friday, May 21, 2010

HARAPAN PADA SEBUAH DESA

Desa ini desa damai,
Didesa ini aku mula bernafas
Aku berfikir mengapa aku bernafas
Terasa ada jawapan disini
Tapi sandarannya tidak aku rasa lagi
Nafasku terasa sukar sekali
Aku mencarinya pada desa lain
Didesa itu ada jawapan
Jawapan didesa itu berlainan
Segalanya ada sandaran yang ada penjelasan
Sandaranya membuatkan aku sukar bernafas didesaku
Aku tetap juga cuba bernafas didesaku
Nafasku tak sama nafas didesaku
Aku fahami kenapa begitu
Desaku akan tetap bernafas begitu
Jika penghuninya rasa damai begitu
Bilakah nafas mereka sama denganku
Hanya masa dan waktu menjadi penentu

Monday, May 17, 2010

Bantah Lesen Judi & Konsert 12 Jam




KL MEI 14, 10: Kecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang. Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut. Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad. Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),



Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Majlis itu bermula dengan ucapan Kamaruzzaman selama lima minit, membantah pengeluaran lesen judi pertaruhan tersebut serta penganjuran konsert berkenaan. Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara. Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.



Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas. Kamaruzzaman berkata, beliau meminta kepada polis supaya membenarkan mereka meneruskan majlis itu selama 10 minit. Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja. Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut. Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas. Ekoran itu, kata Kamaruzzaman, beliau terpaksa berunding lagi sekali dengan polis supaya membenarkan mereka meneruskan bantahan tersebut. Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.

Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar. Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan.(AK)

Sumber Berita

Cuba fikirkan apa yang kita buat bila "dosa-dosa" di"lesenkan" kepada puak-puak maksiat...

Friday, May 7, 2010

Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan Piala Dunia

KUALA LUMPUR ,MEI 06, 10: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata
jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa."Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.
Awang Adek berkata,
kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya. - Bernama/sumber daripada/


Jika benarlah berita dan kenyataan seperti yang dilaporkan..Kerajaan amat patut timbang dengan neraca yang adil seperti lambang BN (dacing)terutama UMNO diatas permintaan kaki judi.Jangan kerana wang, perilaku yang di larang oleh "Tuhan di langit" dibenarkan di bumi Malaysia ini.Tak cukupkah tempat judi "halal" yang diizinkan di Malaysia.
Dalam Al-Quran, Surah Al-Maaidah, ayat 90, Allah berfirman yang maksudnya,
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
Mari kita ummat Islam berdoa semoga usaha puak kaki judi tidak berjaya!kalau kerajaan memutuskan kebenaran kepada kaki judi bertanggungjawablah juga "tangan-tangan" yang menaikkan kerajaan sekarang jadi pemerintah

Thursday, May 6, 2010

Memusuhimu bukan membencimu

Padaku kau lah paling dimusuhi

Seteru yang mesti dimusnahi

Tiada lagi saki-bakimu

Bila ku menghancurkanmu

Biar ku terkorban dalam perjuangan ku

Asalkan kau musnah juga pada keturunan ku

Semoga aman dunia tiadamu

Aman bahagia keturunan agamaku

Walaupun nadaku amat memusuhimu

Aku tetap tidak membencimu

Kerana kita sealiran bertemu

Cuma semangatku berbisik begitu

Kerana kutelah lihat perjuanganmu

Amat jauh dari pegangan dulu

Harapan kembali tetap dihajati

Sebelum jiwaku dan jiwamu dicabuti

Marilah kita bersatu hati

Membela umat yang hakiki

Semoga kita tiada bermusuhan lagi

Wednesday, May 5, 2010

Variasi Dan Keturunan Khalifatan

Keturunan adalah suatu salasilah yang ada permulaan,dua entiti yang saling berhubungan dan melahirkan baka! Asasnya kelahiran kepartian dalam politik di bumi adanya pemikiran lahir dari bangsa keturunan umat manusia akibat mata yang melihat dan otak yang memikir merasakan perubahan keadaan kehidupan diri dan masyarakat marhain disisinya apatah lagi diri keturunan itu rasa ditindas dan lucutkan haknya dalam kehidupan sepatut lebih baik dari apa yang ada pada saat itu.Kekadang ada juga pemikiran keturunan itu untuk mencapai cita-cita yang melampau untuk menguasai keturunan manusia yang kononnya sudah merdeka-merdeka kehidupanya bahkan lebih jelik si pemikir@ sipenakluk mengambil keuntungan keturunannya,menganggap keturunanya pilihan tuhan,mengaku diri umpama tuhan,tanpa keturunannya kehidupan menjadi kucar-kacir dan tiada yang molek melainkan keturunannya!

Kepartian memerlukan dua entiti penting,yang aku maksudkan ketua(keturunan) dan pengikut(baka).Ketua inilah “menciptakan” pemikiran yang amat perlu dan “wajib” bahkan”fardhu” cetuskan mainan emosi bersifat ketuanan,kemahuan dan pemberontakkan serta jihad(bersungguh-sungguh) kepada baka-bakanya sama ada sifatnya keduniaan(kebendaan) mahupun kehidupan selepas kematian(akhirat).Untuk mendapat sifat keduniaan dan akhirat pada hakNya, tiada jalan lain melainkan kembali rujukan asal agama samawi terakhir,adapadanya pembawa khabar gembira dan duka ditakdirkan Al quran dan assunnah sumber yang afdhal sebagai rujukkan dan sandaran.Keduanya menjamin kelurusan segalanya cara untuk menjadi khalifah menghasilkan keturunan yang baik-baik dan menghasilkan baka yang baik-baik dalam kehidupan yang bersifat sementara ini.

Baka-baka perlu melihat dan berfikir dengan jelas cara permikiran dan tindakkan keturunan “si pemikir” apakah cakap-cakap dan tingkahlaku seperti yg diwartakan dan baiah(janji) keturunan itu.Khabar yang diterima apakah “indah khabar dari rupa atau lebih sudu dari kuah atau lurus seperti bendul”.Khabar-khabar pelbagai sumber yang dilihat mengampu keturunannya amat tidak adil dengan “jiran” keturunan itu.

Baka-baka jangan terpedaya dengan khabar-khabar dari keturunan itu, dengan memutuskan “berkahwin” dengan puak keturunan yang semacam jika apa yang dipropoganda hanya memberi untung pada keturunan semacam sahaja .Untuk mendamaikan hidup, baka pro patut berpakat-pakatan merisik-risik dengan baka kontra,mana tahu ada jodoh seterusnya bagi menghasilkan satu keturunan yang baru apatahlagi dikhabarkan ada keturunan lain sudah merisik-risik mungkin sudah bertunang pun dan sudah dirisiki dan diketahui keturunan yang itu adalah jelik tingkahlakunya dan hiasan susuk tubuh badannya.


Gambar Hiasan..Satu teori yang bersalahan dengan agama samawi.Tapi keturunan ini moral kehidupan kini seolah-olah terbalik dari manusia kepada haiwan

Barangkali bila berpakat-pakatan mengahwini yang keturunan “bengkok” bila disatukan baka-baka keduanya akan melahirkan keturunan yang lurus.Tapi bukannya mudah juga untuk menjadi yang lurus, memerlukan masa dan daya usaha mungkin juga herba tambahan.Amat penting yang ikhlas tanpa mahu “hantaran”(fulus) yang melampau batasan,mungkin keturunan mula dari baka itu tiada lurusnya tapi lama-kelamaan akan ada juga lurusnya itupun jika tiada penceraian akibat keturunan lain datang mengacau menawarkan hantaran yang lebih atau penceraian kehendak keturunan itu sendiri tapi yang jeliknya sifat keturunan itu, kononnya keturunanya ada prinsip tersendiri barangkali merasa hebat jasad dan jiwanya kononnya keturunanyalah yang jaguh dan perkasa dan sebenarnya sudah terlupa menggunakan baka-baka angkat untuk menjadi johan dalam pertarungan pemilihan keturunan untuk menjadi khalifah atas baka-baka yang telah pun tertipu,itulah keturunan yang mudah lupa dan janganlah baka-baka angkat itu mewarisi sifat keturunan itu.

Apakah perkahwinan antara dua keturunan yang bermusuh akan berlaku?.Ya! akan berlaku dengan izinNya jika baka-baka mereka bersatu,pedulikan keturunannya yang penting umat manusia dapat hidup aman dan merdeka serta mendapat rahmatanNya dan rahimNya.Marilah kita baka-baka daripada keturunan-keturunan itu menggunakan “tangan-tangan” kita mengubah keturunan asal kita yang jelik kepada yang molek dengan kita “berkahwin” dengan seteru kita agar keturunan kita pula menjadi manusia yang ditunjukkan jalan yang benar.Mengharapkan “Tuhan di langit” meredhakan baka-baka kita akan mengakhiri gen keturunan asal yang ada jalan bengkok-bengkok kepada jalan lurus selurus-lurusnya.



“Kalau dok pikiaq hantaran kahwin (fulus) pakai tak kawin lah! tapi elok juga tiada perkahwinan itu daripada merana menanggung beban hutang lepas kahwin”