Pages

Tuesday, September 11, 2012

Impian Mungkin Pasti

Kemanakah impian yang lalu
Sudahkah pasti tidak dapat ditemui lagi
Apakah masih ada harapan
Hakikat tiada jawapan

Kemanakah harus ditemui
Tiada tanda sebagai fantasi
Bagai terawang awang
Tanpa arah pasti

Apakah masih mengharapkan lagi
Harapan masih dicari
Walau sukar dipasti
Selagi nyawa dikandung diri
Takkan putus harapan mencari

Mengharap harapan satu realiti
Bukan harapan dihati
Tapi sentuhan
Akan dirasai
Nikmat hidup
Yang sementara ini...

SZ Izo.

Tuesday, January 31, 2012

Keris Usang

Hilang sudah senjata bangsa
Disimpan kukuh tiada dapat dipandang
Hilang sudah keramat yang ada
Pada senjata yang telah usang
Tiada dihunus pada musuh
Bermaharajalah dengan bangga

Kerana penderhaka usanglah ia
Diguna hanya untuk bangga-bangga
Konon itulah cara pembela negara

Wahai pemuda harapan bangsa
Carilah gelanggang langkah pertama
Bertapa pula selesai berlangkah
Biar ilmu penuh didada
Rampaslah keris pada penderhaka
Tuntutlah bela hak yang ada

Keluarkan keris tuntutlah bela
Mana petualang dihapus segera
Jangan dibiar berleluasa
Kelak bangsa jadi nista

SZ.Izo 03012012