Pages

Friday, January 28, 2011

Bangkitlah Anak Muda

Anak-anak muda belia
Mungkin engkau lupa
Atau pun cuma buat tak tahu
Juga mungkin melayan karenah jiwa mu
Jangan alpa gula-gula depan mata
Manis hanya seketika saja

Bangkitlah anak muda
Bersama satu arah cita-cita
Memberi kebaikan kepada semua
Bukan hanya pada mereka
Biar semua dapat merasa
Nikmat hidup di bumi tercinta

Tidakkah kau dapat merasa
Betapa payah ayah & bonda
Cari rezeki di bumi tercinta
Hanya sekadar buat keluarga

Jika rasa sudah selesa
Jangan kamu lupa
Itu hanya sementara
Sebelum semuanya akan dikira
Bila habis hayat didunia

Lihat insan disebelah rumah
Apa mereka juga dapat nikmat itu
Ataupun tidak seperti keluarga mu
Takkah terfikir mengapa begitu

Bumi ini banyak nikmatnya
Jangan lupa hakikat untuk dikongsi belaka
Jika bukan milik kita
Tidakkah rasa dibodohkan semuanya
Mengapa kita biarkan saja!

Bangkitlah anak muda
Di usia muda belia
Tubuh masih kuat perkasa
Jangan dibiarkan sia-sia


S.Z Izo

Tribute for Egypt people

Tuesday, January 25, 2011

Cinta seorang hamba

Bila beduk kedengaran
Lantas mata dibukakan
Air suci membasahi tubuh
Berdiri teguh mengadap ilahi
Pada sujudku memohon sesuatu
Tiada kejahatan melainkan kebaikan

Mencari makan sesuap rezeki
Dengan ikhlas tanpa diragui
Bila sampai waktu berhenti
Berdiri teguh mengadap ilahi

Kembali kerja untuk disudahi
Tiada hidup tanpa berdikari
Berdiri teguh mengadap ilahi
Selesai sudah dinihari

Pulanglah kembali merehat diri
Pergilah berjemaah mengadap ilahi
Mentelaah ilmu bekalan nanti
Membaca kalam-kalam yang suci

Berdiri teguh mengadap ilahi
PadaNya berdoa untuk esok hari
Sebelum mata ditutup kembali
Semoga hair-hari dilalui diberkati

::S.Z Izo::252012011

Kebenaran perjuangan

Luas benar alam kelihatan
Disisi manusia tak mampu ditawan
Wujud kesatuan kebersamaan
Namun tak semua dapat ditangan

Kesatuan mana jalan yang benar
Apakah matlamat tujuan perjuangan
Untuk diri atau kepuasan
Perlu di fikir sebelum berpasangan

Sudah rosak alam dikerjakan
Insan hancur maruah ikut kebatilan
Akibat diri tak mahu berkesatuan
Menyendiri melihat perbuatan sumbang
Apakah hanya sekadar mengharapkan
Kejahilan insan yang berterusan

Mana satu kesatuan kebenaran
Mengikut tujuan kewujudan insan
Sudah dikhabarkan tetap dilupakan
Itulah sudah ditetapkan tuhan

Ayuh insan mari berjuang
Bersama membina kesatuan kebenaran
Tujuan kita diciptakan
Khalifah sebenar seperti yg dikhabarkan
Berjuang untuk hakikat insan
Harta benda,pangkat dan sanjungan
Tiada terfikir untuk diimpikan
Harapan ikhlas mendapat keberkatan
Harapkan rahmatNya berpanjangan.

Andai perjuangan tak kesampaian
Akibat hancur batin dan jasad
Gerakkan pembaharuan perlu dijalankan
Jangan dibiarkan kebatilan berterusan
Harapan perjuangan akan berkekalan
Walaupun esok hancurnya alam.


S.Z Izo 25012011

Tuesday, January 11, 2011

Apakah cinta masih membara?

Malang sungguh hati berkata-kata
Apakah daya tubuh berusaha
Terbatas jua tenaga yang ada
Apakah tiada kegembiraan dimata

Apa masih menyala cintaku
Akibat ujian tak mampuku terima
Terasa amat perit,pahit hendak dikata
Sukar sekali menanggung derita

Terima kasih aku padaNya
Diberikan petunjuk dikala duka
Memberikan tambah cinta padaNya
Bila dibaca tenanglah jiwa

Fahamlah apa telah berlaku
Semuanya hanya sementara
Tiada yang kekal selamanya
Itu hanya mainan dunia

Maafkan aku bersifat dulu
Pelupa itu sifat ciptaan Mu
Memberi tanda kekuasaan MU
Memberi aku petunjuk dari MU

Cintaku pada Mu akan membara
Pengalaman dulu memberi ilmu
Semoga memberi kebaikan bagiku
Gerakkan kalbuku selalu-lalu
Nama mu sentiasa dalam jiwaragaku.
Bibir dan lidahku juga menyerumu.


SZ.Izo~11012011

Sunday, January 9, 2011

Manakah laluanku?

Setiap hari ku mencari laluan
Banyak laluan-laluan harus difikirkan
Simpang siurnya yang memeningkan

Laluan-laluan ada telah di tunjukkan
Laluan-laluan itu penuh cabaran
laluan-laluan itu terasa amat mudah
jika aku tak mahu memikirkan
ikuti saja cara laluan-laluan yang sudah

Tapi aku tak mahu laluan itu
laluan itu laluan tiada kepayahan
laluan itu fikiranku kecelaruan
laluan itu bukan laluan dulu-duluan

Laluan dulu-duluan laluan ada petunjuk
Petunjuk yang benar sudah diputuskan
laluan itu jangan disiniskan
petunjuk laluan itu ada petanya

Peta itu lama tersimpan
mengapa tidak dijadikan panduan?
mengapa harus dibanyakkan simpangan?
Mengapa dibuat laluan-laluan yang singkat?
Apakah ada keuntungan laluan-laluan itu diadakan?

Peta yang lama akan ku gunakan
Di mana bermula dan di mana berakhir
Sebagai panduan meneruskan laluan
Kepada Tuhan aku mengharapkan
Sampai distinasi apa yang ku harapkan.

SZ.izo......9/1/2011





















ehsan dari:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgixlAyHdOfFrjpuN01k_caDSrnrjIbeiBkOSwJHjkrV7znnm8pMMgNCWIXHyztGumuU2mIYYKklvr4nhIGG6c4MtKDJ5SP_DnUBQe7I-Ugc6c3t0eEpgH39pT6XZJqcl-tJ_gqzTtj3Rro/s1600/Peta-Hidup-Manusia.jpg

Tuesday, January 4, 2011

Siapa Pilihanku

Masih aku ingat lagi
Bila sampai masa itu
Semuanya berita baik-baik belaka
Teruja aku bersama mereka

Takkan aku lupa
Janji yang kau kata
Kamu bersama dikala suka duka
Kehendak aku yang di utama

Tapi itu semua seloka
Sekadar lakonan belaka
Tembelangmu sudah pun nyata
Terang terang penipuan terasa

Tapi jangan dilupa
Masa masih ada
Tunggu waktu dan ketika
Pasti akan berubah segala