Pages

Tuesday, January 31, 2012

Keris Usang

Hilang sudah senjata bangsa
Disimpan kukuh tiada dapat dipandang
Hilang sudah keramat yang ada
Pada senjata yang telah usang
Tiada dihunus pada musuh
Bermaharajalah dengan bangga

Kerana penderhaka usanglah ia
Diguna hanya untuk bangga-bangga
Konon itulah cara pembela negara

Wahai pemuda harapan bangsa
Carilah gelanggang langkah pertama
Bertapa pula selesai berlangkah
Biar ilmu penuh didada
Rampaslah keris pada penderhaka
Tuntutlah bela hak yang ada

Keluarkan keris tuntutlah bela
Mana petualang dihapus segera
Jangan dibiar berleluasa
Kelak bangsa jadi nista

SZ.Izo 03012012

No comments:

Post a Comment