Pages

Wednesday, May 4, 2011

Aku Merelakan...

Syukurnya pada Al Rahman
Kerana memilih aku pada jalan ini
Walaupun terpaksa bekorban segala kesenangan
Hidup dalam buruan musuh
Tiada yang lain yang diharapkan
Hanya menanti kemenangan bila tiba
Walau jasad sudah tiada
Harap pada keturunan seangkatan ada pengganti

Biarpun hancur jasad ini
Tiada kuburan untuk diperlihatkan
Aku tetap relakan
Demi perjuangan seperti yg diarahkan
Hanya satu pengharapan
Syahid seperti yang dikhabarkan

Inilah hakikat perjuangan
Tiada yang mudah dipikulkan
Wahai saudara seangkatan
Pohonlah kemenangan
Kepada Tuhan yang bersemayam
Pada Arash yang Maha Tinggi
Semoga masih akan berkekalan
Jalan insan seperti aku ini
Masih mahu meneruskan perjuangan
Walaupun aku dihapuskan
Pada keturunanku jua di muka dunia

Perjuangan akan tetap diteruskan
Membela kalimah aqidah
Membunuh kalimah kebatilah..
Menghalau keluar Taghut
Dari bumi kediaman ummah.

SM izo 04052011

No comments:

Post a Comment