Pages

Monday, February 14, 2011

Hati tetap Berpalu

Pertama kali terpandang wajahmu
Tersentap tubuh terkaku tanpa bicara
Bagai bumi terhenti seketika
Itulah masa amat berbeza

Mengapa begitu yang terasa
Walaupun ku tak mahu merasa
Tapi hati tetap berpalu
Membuat kalbu terasa merana

Setiap waktu sudah tak menentu
Terasa sehari panjang akan berlalu
Mungkin pasti akan ketemu
Seperti pertemuaan yang telah lalu

Fikiran kata tidak perlu
Hati menyapa mengapa begitu
Bukankan hidup amat perlu
Dua jiwa hidup bersatu

Hanya tuhan aku berseru
Bantulah kehendak tingkah ku
Semoga sudahpun ditentu
Adalah segalanya kehendak Maha satu
Apakah bebas seperti dahulu
Atau terus-terusanan tanggung bebanan.
Tiada penghujung yang tiada kepastian...




SZ.izo 14022011

No comments:

Post a Comment